Tuesday, 29 December 2015

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG DAN RANCANGAN MALAYSIA

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

Rancangan Malaysia Pertama  (RMP: 1966-1970)
Sebelum pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama terdapat dua Rancangan Pembangunan iaitu Rancangan Malaya Pertama (RM1: 1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (RM2: 1961-1965).
Rancangan Malaya Pertama (RM1: 1956 – 1960)

rmp2 
Penyertaan rakyat dalam aktiviti pertanian yang dirancang turut menjana pendapatan kepada negara
Perancangan pembangunan yang serius telah bermula pada tahun 1954 apabila satu perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan negara. Ini menghasilkan RM1 yang berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam sebanyak RM1,100 juta. Matlamat utama rancangan pembangunan tersebut ialah untuk membangunkan ekonomi dengan memberikan penekanan yang lebih kepada sektor di luar bandar. Sebanyak RM478.2 juta (44.5%) daripada jumlah peruntukan pembangunan RM1 telah diperuntukan bagi membangunkan sektor luar bandar ini.
Penubuhan dua buah agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA (Federal Land Development Authority; 1956) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta pelaksanaan sistem Buku Merah merupakan inovasi penting dalam sejarah perancangan dan pembangunan negara sehingga ke masa kini. Dari segi pencapaian RM1, pelaburan sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Ini kurang sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi tempoh berkenaan.
Rancangan Malaya Kedua (RM2: 1961-1965)
RM2 telah mencapai beberapa kemajuan ke arah perancangan yang lebih menyeluruh. Pertamanya, rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia. Kedua, RM2 telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.
Peruntukan pembangunan telah ditambah sebanyak RM2,150 juta iaitu hampir dua kali ganda peruntukan RM1. Ketiga, beberapa perubahan telah dibuat di dalam RM2 ini, iaitu bagi pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.
Dari segi pencapaiannya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 ialah sebanyak 6.4% setahun. Daripada segi perbelanjaan pembangunan pula, sektor awam telah membelanjakan sebanyak RM2,650 juta yang telah diperuntukkan bagi tempoh RM2. Perbelanjaan pembangunan sebenar sektor swasta adalah RM2,900 juta, iaitu seperti yang telah dirancangkan.
Rancangan Malaysia Pertama (RMP: 1966-1970)
Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP), pembangunn negara telah diasaskan kepada suatu rancangan bersepdu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama ini juga telah menentukan arah pembangunan dan matlmat-matlamat yang perlu dicapai dalm tempoh rancangan lima tahun. Pembaharuan lain yang terdapat dalam rancangan ini termasuklah program tenaga manusi dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program ke atas tiap-tiap sektor ekonomi.
Di samping itu RMP, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMP melibatkn peruntukan pembangunan sebanyak RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta daripada sektor swasta.
Pelaksanaan RMP pula lebih menjurus ke arah pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Melihat kepada bancian penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar.

Pelaksanaan dan Pencapaian Program RMP
Dalam tempoh masa RMP ini, beberapa agensi baru telah ditubuhkan. Di antaranya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA – Malaysian Industrial Development Authority, 1967) yang dulunya dikenali sebagai FIDA (Federal Investment Development Authority), Lembaga Penasihat Tarif, MARA (Majlis Amanah Rakyat, 1966), Bank Bumiputera (1966) dan juga PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad, 1969). MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif dibentuk dengan tujuan membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan.


Rancangan Malaysia Kedua

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan olehkerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Latar belakang

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.
Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi ini. Dasar-dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu yang rata-ratanya menyokong parti-parti pembangkang, yang lebih menyenangi pengurangan atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.
Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-penyokong pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada keesokan harinya olehPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti utama di dalam gabungan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah menjadi rusuhan yang berlangsung selama dua hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah kematian sekitar 200 orang. Ada pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih besar manakala beribu-ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang-orang Cina) kehilangan tempat tinggal.
Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971, apabila Parlimen bersidang semula.
Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utama membasmi kemiskinan di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi" melalui sebuah "ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB mensasarkan pegangan ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam jangkamasa 20 tahun. Malah sebuah Rangka Rancangan Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya disusun supaya tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua polisi ini.

Penstrukturan semula ekonomi

RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan pelombongan. Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan — Melayu dan bukan Melayu — dapat dikembangkan berdasarkan nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam nilai relatif.
Sejumlah M$7.36 bilion telah diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukan ini lebih rendah berbanding RMP (M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat mencapai pengurangan kemiskinan yang lebih besar dan mempertingkat penglibatan orang-orang Melayu di dalam sektor swasta dengan mengenakan beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat persendirian yang akan menerima manfaat daripada guna tenaga dan pegangan ekonomi orang-orang Melayu.
Ketika rancangan ini diumumkan, golongan bukan Melayu memiliki, menurut kata seorang pengulas, "monopoli secara langsung terhadap guna tenaga perusahaan dan perdagangan persendirian", dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi, kepentingan-kepentingan asing mengawal hampir kesemua perusahaan-perusahaan moden termasuk sektor perkilangan, perbankan, kewangan, getah dan timah. Orang-orang Melayu sebahagian besarnya terlibat di dalam pekerjaan luar bandar seperti menanam padi, menangkap ikan, mengerjakan ladang-ladang getah atau kelapa sawit secara kecil-kecilan dan sebagainya. Mereka langsung tidak terlibat di dalam pekerjaan golongan kolar putih seperti perkeranian dan hanya di perkhidmatan awam sahaja — dimana 80% daripada pekerjaan di sektor ini dijamin untuk bumiputera — mereka menduduki jawatan-jawatan atasan.
Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya seperti perubatan dan guaman terdiri daripada bukan Melayu. Malangnya, dasar kerajaan, seperti yang digariskan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, tampak mengekang penglibatan orang-orang Melayu di dalam sekor swasta kerana memberi mereka keutamaan di sektor awam. Penganggurandi kalangan semua kaum juga amat berleluasa, kebanyakannya diakibatkan kekurangan pendidikan, dengan 70% daripada 275,000 penganggur berdaftar pada tahun 1970 berumur sekitar 15 hingga 25 tahun. Semua inilah yang dijadikan sasaran kerajaan untuk diubah melalui perlaksanaan DEB dan RMK2.
Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam RMK2:
  • Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka.
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan memaju industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah.
Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanah dan penempatan baru di negeri KedahTerengganuJohor dan Sabah. Projek-projek pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai MudaKedahSungai KemubuKelantan dan di Sungai KinabatanganSabah.

Pengindustrian

Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telah meningkatkan penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang perlaksanaan rancangan ini. Agensi-agensi terbabit termasuklah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 seperti Perbadanan Nasional (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).
PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikat kerjasama dengan sektor swasta selain membangunkan industri-industri perintis yang akan dipegang sehingga golongan Melayu memiliki modal yang mencukupi bagi mengambil alihnya kelak. Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNAS memiliki lapan syarikat dengan pegangan 100% yang terlibat di dalam bidang insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejuruteraan, sekuriti dan perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak swasta bagi membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan perundingan.
Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156) sewaktu RMK2 yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru dengan M$100,000 atau 25 atau lebih pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan dan Industri. Bagi mendapatkan lesen tersebut setiap syarikat perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang boleh berubah-ubah. Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan pengenalan akta baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum ini dengan kawalan yang minimum dari kerajaan.
Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancang untuk mendatangkan masalah bagi sesetengah kumpulan dan meneruskan perlaksanaannya. Menurut akta ini, syarikat-syarikat swasta dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang diluluskan selepas 1 Januari 1972, syarikat-syarikat yang diluluskan sebelum itu dan syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen. Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut dimestikan menghantar satu rancangan atau cadangan kepada kementerian bagi mencapai sasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang-orang Melayu dan selebihya bagi bukan Melayu. Cadangan yang diterima kemudiannya dipilih menjadi garis panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat.
Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia. Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di pantai timur bagi mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar. Pantai timur sebenarnya kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.
Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran membentuk sebanyak 16% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratus daripada sasaran RMK2. Sektor ini berkembang dengan perlahan pada tahun 1975 akibat kelembapan ekonomi sejagat pada tahun itu. Hal ini berbeza dengan pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang melebihi sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh RMK2. Makanan, keluaran-keluaran kayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini. Pertumbuhan ketara sektor pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha-usaha kerajaan menubuhkan kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan-kawasan tersebut telah diumumkan di negeri-negeri Pulau PinangSelangor dan Melaka. Perusahaan yang terdapat di kawasan-kawasan ini kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil.
Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombongan meningkat bermula pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasar-dasar merombak sistem ekonomi negara. Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada 200,000 orang-orang Melayu diambil bekerja di dalam industri perlombongan. Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta orang melebihi jumlah yang disasarkan pada asalnya.Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalam ekonomi Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang baru dibina. Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000 tong sehari (14,000 m³/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyak Shell. Pada tahun 1974, hak eksklusif untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum di Malaysia diberikan kepada syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun berikutnya, Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas pemasaran dan pengagihan kesemua keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal syarikat-syarikat lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas.
Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang-orang Melayu sebagai usaha menambah pegangan mereka di dalam industri ini. Kerajaan tampak berusaha keras meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat perlombongan yang pernah dimiliki orang-orang asing. Menjelang 1989, perbadanan milik kerajaan mengawal sekitar 60% keseluruhan industri perlombongan. Kerajaan juga dibantu oleh faktor pengeluaran petroleum yang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana Petronas merupakan syarikat milik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan Bumiputera. Namun, amalan kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa syarikat-syarikat milik kerajaan adalah kepunyaan semua orang dan bukan hanya Bumiputera.

Pertanian

RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum itu seperti Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya. Walaupun perbelanjaan bagi pembangunan lain telah meningkat mencecah M$1 juta, dana untuk pembangunan luar bandar juga ditambah. RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman di Malaysia.Rancangan Buku Hijau dilancarkan pada tahun 1974 dengan tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran sepeti kacang panjangcili dsb. dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti pertanian lain seperti bajabenih dan racun perosak pula diberi subsidi.
Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka. Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan.
Pertumbuhan sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah meluaskan saiz program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA sendiri telah menetapkan satu sasaran untuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar (610 km²) sewaktu RMK2.
Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangan dengan penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu bergantung kepada getah. Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mengeluarkan hampir separuh daripada keperluan getah sedunia. Walau bagaimanapun, Zaman Melesetsekitar 1930-an telah menyebabkan harga getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan mendalam terhadap ekonomi negara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada insiden sama berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan. Sungguhpun begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam percubaan mengambil semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit. Menjelang penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar (160 km²) sahaja telah dibangunkan dengan separuh daripadanya ialah ladang kelapa sawit.
Dasar kemajuan tanah dan penempatan semula yang dijalankan oleh kerajaan, walau bagaimanapun, telah gagal untuk memberi kesan positif terhadap masalah kemiskinan di luar bandar. Kerajaan hanya berjaya menempatkan semula sejumlah 40,000 orang meskipun dianggarkan sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat di dalam usaha tani hidup di bawah paras kemiskinan. Akibat kelemahan program itu, orang yang mendapat faedah daripada rancangan ini tidak selalunya datang daripada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa proses rumit penempatan semula dan pembangunan kawasan baru diberi penekanan lebih berbanding meningkatkan daya pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun sedia ada. Hal ini seterusnya dirumitkan oleh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan kawalan ke atas hal ehwal tanah kepada kerajaan negeri sekaligus memerlukan kerajaan persekutuan berunding dengan setiap kerajaan negeri satu-persatu. Keluarga bukan Melayu di kawasan luar bandar juga tidak menerima faedah ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan sebagai tanah simpanan bagi orang-orang Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima masuk golongan bukan Melayu ke dalam program ini.

Kesihatan
Walaupun RMK2 telah memodenkan negeri-negeri jelapang padi seperti Kedah dan Perlis (seperti menggantikan kerbau denganjentera membajak), bukan semua pengusaha kecil menerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor pertanian korporat, orang-orang Melayu hanya memiliki pegangan sekitar 0.3% berbanding 70.8% yang dimiliki oleh kepentingan asing. Berbeza pula keadaanya di dalam sektor bukan korporat yang menyaksikan orang-orang Melayu mengawal sekitar 47.1%. Disebabkan kekurangan modal, kebanyakan pengusaha-pengusaha Melayu masih terlibat di dalam kegiatan berdaya rendah apabila RMK2 tamat.
RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakanan melalui beberapa program. Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang kekurangan zat makanan. Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan kekurangan kakitangan perubatan.
Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun 1964, usaha-usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan. Kebanyakan berita kejayaan yang dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia Pertama (RMP) dari tahun 1966 - 1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru kaedah perancangan keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak diendahkan. Yang ironiknya, pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100 mencapai 70 juta orang.

Pendidikan

Walaupun pendidikan di Malaysia hampir dipinggirkan sewaktu RMK2 yang memihak kepada rancangan penstrukturan sosio-ekonomi, beberapa usaha penting dijalankan sepanjang tempoh ini. Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi, menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan. Menjelang tamatnya tempoh rancangan ini, hampir kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk mengajar kurikulum berasaskan bahasa Melayu.
Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanya ialah menyelaras projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa jabatan kerajaan. Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan.
RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan dalam usaha memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlaku kerana penumpuan lebih diberikan terhada usaha memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak membuka ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal. Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada tahun 1975. Adalah diharapkan usaha ini dapat mengurangkan masalah pengangguran terutamanya di kalangan belia.

Pengangkutan

RMK2 bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggap oleh kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor perusahaan. Semua kereta api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar yang lebih efisyen, iaitu diesel dan kerajaan meninggikan peruntukan bagi penyenggaraan dan pemodenan prasarana kereta api ini. Penekanan diberikan khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada, laluan dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih.
Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain latihan bagi kakitangan teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-Singapura dipisahkan menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penerbangan Singapura (SIA).
Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi mempertingkat perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan sebuah syarikat logistik kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat. Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapal kontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal Utara Pelabuhan Klang di Selangor.
Ketika RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Klang. Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkan dua buah pelabuhan baru di Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilih ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang. Dua objektif utama projek pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurang membangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala Pelabuhan Kuantan mula beroperasi pada tahun 1984.

Warisan

Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan mencatatkan pengurangan daripada 49% kepada 43%. Kadar pengangguran pula berkurangan sebanyak 0.1% kepada 7.4%. Peningkatan ketara bagi penglibatan Bumiputera di dalam sektor swasta juga dicatatkan. Peratusan Bumiputera yang diambil bekerja di dalam sektor pengeluaran bertambah daripada 29% kepada 33%, sektor perdagangan pula mencatatkan peningkatan 24% kepada 34%. Pegangan hak milik Bumiputera pula berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun begitu, rekod ini masih belum dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi kemajuan itu berlaku disebabkan pegangan syarikat perusahaan kerajaan.
Walaupun rancangan ini pada awalnya mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 12.5% setahun, hanya purata 11% berjaya dicatatkan. Pertumbuhan itu sangat tidak sekata. Pada tahun 1973 KDNK tumbuh sebanyak 27% manakala pada tahun 1975 pula ia hanya berkembang sebanya 3% berikutan kemelesetan ekonomi dunia pada masa itu. Meskipun kerajaan berusaha menangani pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru sewaktu RMK2, jumlah penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan 1975. Pada tahun 1970, terdapat 275,000 penganggur manakala pada tahun 1975 pula sebanyak 324,000 orang direkodkan.
RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi. Di antara tahun 1972 dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat di luar jangkaan sebanyak 40%. Kadar purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun 1974 tetapi menurun kepada 7% pada tahun 1975. Permasalahan baru seperti ini dipertimbang oleh kerajaan semasa merancang Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).
Rancangan Malaysia Ketiga
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Tumpuan utama

RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORADARAKETENGAH dan KESEDAR. Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.
Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

Kesan

RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.
Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.



RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4: 1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985 merupakan satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini.
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagaibagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini adalah sejumlah
RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8 peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3 peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1 peratus.
rmk-42
Sektor perusahaan berat menjayakan program pembangunan negara dalam RME 
Dasar Penswastaan
Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun
1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan
pengurusan negara. Rasional penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta memandangkan perlunya pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak begitu kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun 1980-an.
Objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan bagi;-
1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4. Pengagihan sumber secara cekap
5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB

Walaupun secara rasminya dasar ini telah dilancarkan pada tahun 1983, tetapi pelaksanaannya hanya bermula sejak penghujung tahun 1985. Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah, Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd., TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB), Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia, Jabatan Pos, Desaru dan sebagainya.
Strategi dan Pelaksanaan
Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh RME. Oleh yang demikian, unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan ialah secara meningkatkan daya pengeluaran pertanian, menambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrian, memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan serta mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan. RME juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.
Sehubungan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Di antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah :
1. Kilang simen, yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad
2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman, Terengganu
3. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Manakala, pada tahun 1983, dua buah program pula dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaitu :
1. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
2. Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Bukan itu sahaja, Kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 1981.
RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula rakyat. Tumpuan utama usaha-usaha menyusun semula guna tenaga ialah menerusi program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan Bumiputera yang terlatih, terutamanya di peringkat pelajaran tinggi.
Strategi untuk memastikan pencapaian pemilikan oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dari jumlah modal saham dalam sektor syarikat diteruskan melalui pembelian modal saham oleh agensi-agensi amanah. Agensi-agensi amanah ini termasuklah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menjadi badan-badan utama bagi memberi saham-saham yang sedia ada.

rmk-4i2
RME mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir
Pencapaian RMK-4
Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan dibantu oleh harga barangan yang tinggi.

Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan, latihan, kemudahan kredit dan pinjaman. Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuan Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA) sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan meneruskan kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan barang-barang pertanian, ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan perdagangan.
Dalam RMK-4 kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan teknikal dan keusahawanan. Bagi tujuan ini, peranan institusi-institusi seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti dan kolej telah dipergiatkan.
Dari segi pencapaian secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985. Prospek bagi pembangunan ekonomi yang berterusan dalam tempoh RME adalah cerah. Seperti yang berlaku di tahun-tahun sebelumnya, ketahanan dan asas sumber ekonomi yang kuat akan membolehkan negara menghadapi perkembangan buruk dalam ekonomi dunia.



Rancangan Malaysia Kelima

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Kawasan luar bandar

Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Pelancongan

Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pembuatan

Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam negara dan antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON.



RANCANGAN MALAYSIA KEENAM

rmk-6ii2rmk-6iii2
Tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secar cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamnay sektor pembuatan.
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6: 1991-1995)
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.
Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.
Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran.
rmk--6i2
Penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik

Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6
Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan.
Pencapaian RMK-6
Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asas ekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saing negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya lebih stabil.
Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan. Sektor eksport telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh Rancangan.
Bagi penilaian prestasi ekonomi makro, dalam tempoh RMEn, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 8.7 peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh penggal serta sasaran asal RME iaitu sebanyak 7.5 peratus. Pertumbuhan pesat ini telah dicapai beserta dengan kestabilan ekonomi makro. Pertumbuhan yang teguh ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada permintaan dalam negeri yang berkembang pada kadar 11.3 peratus setahun dan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi dunia pada akhir tempoh Rancangan. Pertumbuhan pesat ini, antara lain, telah meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM6,099 pada tahun 1990 kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan asing yang tinggi. Sektor swasta memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala sektor awam terus memainkan
peranan sokongan yang aktif.
Dalam tempoh RMEn, pengurusan pragmatik ekonomi makro telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan daya saing Malaysia. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan harga adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi makro yang berkesan. Liberalisasi yang berterusan ke atas peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil telah mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pelaburan swasta. Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri dan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.
Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti, meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia. Sumber telah diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti. Pasaran kewangan telah diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam negeri manakala pasaran modal pula telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke taraf perindustrian.
Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.0 peratus setahun manakala bahagiannya daripada KDNK terus berkurang sehingga ke tahap 13.6 peratus pada akhir tempoh Rancangan. Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini. Begitu juga dengan sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningkatan pengeluaran gas dan kondensat iaitu hasil sampingan gas.

Keluaran sebenar ekonomi telah berkembang dalam tempoh RMK-6 dengan sebahagian besarnya diperolehi dari pelaburan dalam infrastruktur fizikal, P&P, pendidikan dan latihan kemahiran disertai dengan kemasukan FDI yang besar. Faktor ini juga telah meningkatkan sumbangan TFP sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.2 peratus atau 17.9 peratus daripada KDNK dalam tempoh 1971-1990 kepada 2.5 peratus atau 28.7 peratus daripada pertumbuhan KDNK dalam tempoh RMEn.
Tahun terakhir RMEn itu sendiri merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara mencapai pertumbuhan pesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Dengan asas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yang teguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2 dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semasa. Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan mempercepatkan pencapaian objektif pertumbuhan seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu. 



RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

rmk-72
Hasil pertanian juga menjana pendapatan negara
Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7: 1996-2000)
RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.
RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.

RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.

Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.akian Ke Puncak Emas
Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang. Dengan
persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang baru muncul bagi mendapatkan sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan, tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif sektor swasta. Penekanan yang khusus akan diberi kepada usaha meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal dan membangunkan teknologi. Aspek yang penting adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti penggunaan sumber yang akan memperkukuhkan daya saingan negara.
 rmk-7iii2
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 
Pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan hala tuju pembangunan sektor pertanian
negara. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melaluiPlan Tindakan BOT (Balance Of Trade). Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) bertujuan untuk
meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa. Di antara matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga
(DPN3) (1998-2010) adalah untuk:
·        Meningkatkan food security negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial
·        Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui permindahan teknologi
·        Merapatkan rantaian di antara sektor pertanian dengan sektor lain
·        Mewujudkan sumber pertumbuhan baru mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari.
rmk-7ii2
Sektor pertanian dan pereternakanmeningkatkan produktiviti dan daya saingdalam negara
Strategi dan Pelaksanaan RMK-7
Dalam tempoh RMK-7, pengurusan ekonomi makro diberi tumpuan kepada mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi memudahkan pencapaian objektif sosioekonomi dalam konteks  perkembangan ekonomi yang pesat. KDNK mengikut nilai sebenar dijangka tumbuh dengan pesat pada kadar purata 8.0 peratus setahun dengan kadar inflasi yang rendah.
Usaha memerangi inflasi diteruskan melalui dasar fiskal dan kewangan yang bersesuaian serta langkah pentadbiran dan penyesuaian penawaran. Usaha juga ditumpukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5 peratus manakala kemiskinan di kalangan golongan termiskin akan dapat dibasmi sepenuhnya menjelang tahun 2000. Dalam hubungan ini, program membasmi kemiskinan termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan ditumpukan kepada pengurangan kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang kadar kemiskinannya tinggi.
Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan RMK-7 ini. Cabaran utama yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan transformasi ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal di samping memajukan pengurusan dan keusahawanan.
Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah:-
·        Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa.
·        Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT.
·        Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.
·        Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.UN
Kerajaan terus berusaha mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan menyediakan persekitaranyang baik bagi mencapai pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama sejajar dengan matlamat DPN. Usaha mewujudkan ekonomi yang lebih seimbang, mempunyai asas yang luas, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa tetap penting bagi menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mencapai pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam proses peralihan ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.



RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

rmk-8i2
Menara Kuala Lumpur mercu lambang kemegahan Malaysia
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8: 2001-2005)
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.
RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.

Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.
Dasar Wawasan Negara (DWN)
RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:-
• Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan.
• Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
• Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
• Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
• Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat
• Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan
• Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
rmk-8iii3
RMK-8 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)
Strategi dan Pelaksanaan Program RMK-8
Antara yang diberi penekanan dalam Rancangan ialah meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan yang mapan.
Dalam tempoh RMK-8 melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran, pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal, melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP kepada pertumbuhan ekonomi.
Usaha juga diteruskan dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berkualiti. Ia bertujuan bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangunkan berasaskan strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri dan mengukuhkan daya tahan ekonomi.
Kerajaan juga memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan. Syarikat Multinasional (MNC) akan terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penswastaan terus dilaksanakan bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orang awam mempunyai peluang penyertaan yang saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti yang dikorporatkan yang berjaya secara komersial akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada 47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang diswastakan, 49 projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Projek yang telah siap dibina adalah Lebuhraya Damansara-Puchong, menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah, Sistem Monorel di Kuala Lumpur, Hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pembangunan 10,000 unit rumah guru dan projek bekalan air Fasa III di Selangor.
rmk-82
Syarikat Multinasional(MNC) terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan
Pencapaian RMK-8
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam masa lima belas tahun lalu, negara berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus setahun antara 1991 dengan 2005. Pertumbuhan ini dapat dilihat peningkatan lebih sekali ganda pendapatan isi rumah daripada RM 1,169 sebulan dalam tahun 1990 ke RM 3,249 sebulan dalam tahun 2004.
Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah ekspot negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga 2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia. Dari segi sosial negara terus memperlihatkan kemajuan. Kadar kemiskinan menguncup daripada 22.8 peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan perkembangan prasarana dan utiliti.
Program penswastaan akan terus dilaksanakan dalam tempoh RMK- 8 memandangkan sumbangannya dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan dan memberi manfaat kepada orang awam serta menggiatkan pembangunan ekonomi. Ini selaras dengan mencapai matlamat teras RMK-8 untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi.
Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang berkualiti dan meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan.
Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.



RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006-2010)
rmk---9-2isiap
Bidang bioteknologi dan ICT akan dipertingkatkan demi menjamin negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020.
 Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9.
 Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan mengikut sektor. 44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran am. Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan peratusan terbesar iaitu 20.6 peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9 peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus dan perumahan 5.0 peratus.
 Lima Teras RMK-9
 Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan telah menggubal dan akan melaksanakan Misi Nasional- satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama.
rmk---9-2siap
 Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru
 MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA:
 Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
 Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.
Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.
Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wilayah yang terbabit ialah:-
·        Wilayah Ekonomi Koridor Utara
·        Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar
·        Wilayah Ekonomi Koridor Timur
 Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif.
Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara:-
·        Jambatan Kedua Pulau Pinang
·        Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion
·        menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung, Jambatan
·        dengan jajaran sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011.
·        Pusat Pemakanan Utama
·        Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)
·        Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi?
·        Pusat Akuakultur
·        Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
·        Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
·        Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah
·        Lebuhraya Tunjang Sentral
·        Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan
 Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia
Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia:- 
·        Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor
·        Pelabuhan Tanjung Pelepas
·        Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)
·        Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi
·        Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)
·        Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara
·        bertaraf dunia (Hab Pendidikan)
·        Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
·        Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
 Wilayah Ekonomi Koridor Timur
 Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa.
·        Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan dibina untuk menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan.
·        Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor.
·        Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas.
·        Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur
·        Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di
·        Pantai Timur.
Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini, dapatlah kita mengenal pasti apa yang telah dicapai, kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara.
Amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual, supaya semua pihak mendapat pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian perlu diperkukuhkan. Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.



RANCANGAN MALAYSIA KE-10(2011-2015)


Peruntukan Pembangunan RM Ke-9 dan RM ke-10

Perdana Menteri membentangkan RM Ke-10(2011-2015)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi 10-6-2010.
RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.
RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Intipati RMK10:
* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA
Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.
Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.
* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.
*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.
*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.
*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.
*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.
*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.
*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.
*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.
*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.
*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.
*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.
*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:
Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.
* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.
* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.
* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.
* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

1 comment:

  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete