DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
DKM 5B
Nama kumpulan:
1. muhammad afif ziyad b. hamard ( 02DKM15F2015)
2. syazani b. mohd sanosi (02DKM15F2046)
3. muhammad amzar b. nashruddin (02DKM15F2043)
4. mohammad saiful hafizie b. kamaruzaman (02DKM15F2022)
Nama Pensyarah
Wan Abdul Razif Bin Wan Abdul Ghani.
PENGENALAN
Radio Amatur Kuala Lumpur menerusi udara yang
berlansung 3 kali seminggu bermula sekitar tahun 1930-an. Falsafah british
merupakan sejarah awal dalam bidang penyiaran ini kerana pengaruh British amat
kuat dengan pelantikan pengarah penyiaran daripada warga British iaitu David
Lyttle. Dol Ramli digantikan jawatan tersebut selepas 4 tahun kemudiannya.
Pada
mulanya, racangan agama diberi masa yang sedikit berbanding rancangan hiburan.
Jabatan Penyiaran Malaysia mengatakan bahawa pada petengahan tahun 1950-an
hingga 1960-an adalah pertama kali disiarkan oleh radio. Pada 1957, kerajaan
memberi arahan supaya siaran azan disiarkan oleh radio Malaysia begitu juga
siaran bacaan Al-quran.
Di sekitar
hujung tahun 1960-an rancangan agama lebih aktif apabila bahagian Melayu
dipertanggunjawabkan untuk rancangan agama. Oleh itu, beberapa orang penyiar
yang tahu tentang pendidikan agama mula dilantik sebagai penerbit. Walaupun
permulaan mereka tidaklah khusus sebagai penerbit rancangan agama.
Desakan dan
tuntutan daripada masyarakat islam yang menghendaki rancangan agama yang lebih
banyak disiarkan melalui radio dan televisyen pada sekitar tahun 1971.
Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung
kepada tasawur kemanusiaan yang dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan
tiga segi antara Allah SWT, manusia dan masyarakat.
i.
Allah
l
Manusia berkomunikasidengan Allah secara vertical untuk memenuhi asas
penciptaan, teknologi penyiaran yang menafikan keagungan Allah adalah terbatal
dan tidak perlu, semua kerja sehingga menghasilkan output penyiaran dianggap
ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah.
ii. Manusia
l
Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kerana Allah SWT, manusia telah
dilengkapkan keupayaan mendengar melihat, kognitif dan boleh membezakan antara
baik dan buruk, penyiaran dianggap sebagai jalan bagi mengenali Allah.
l
Selain itu, kira mendapati Rasulullah dalam berkomunikasi dengan
keluarga,sahabat dan umatnya. Komunikasi Baginda sudah terkumpul dalam ratusan
hadits yang menjadi penguat, penjelas Al-Quran sebagai petunjuk bagi kehidupan umat manusia
iii. Masyarakat
l
Kepelbagaian etnik, warna kulit, bahasa dan agama mewujudkan keadilan
dan persamaan dalam komunikasi Islam. Akhlak merupakan prinsip asas dalam
merancang fungsi penyiaran. Prinsip ini boleh menghasilkan produk penyiaran
yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan objektif tertinggi
penyiaran islam adalah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat
2.1 GARIS PANDUAN PENYIARAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk memastikan
semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia memenuhi
aspek-aspek negara kea rah mencapai wawasan 2020. Semua stesen radio dan
televisyen yang dilesenkan dibawah Akta Penyiaran 1988 mesti menggunakan garis
panduan ini.
Antara garis panduan yang perlu dipatuhi adalah dari
segi bahan-bahan siaran sama ada bahan yang boleh disiarkan atau sebaliknya.
Bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah siaran berita dan
hiburan.
Ciri-ciri siaran berita yang bboleh disiarkan
|
Ciri-ciri siaran berita yang tidak boleh disiarkan
|
· Meyakinkan
rakyat akan dasar dan rancangan semasa negara
· Semua liputan
berita atau laporan kenyataan, fakta dan perangkaan yang boleh digunakan
adalah benar dan boleh dipertanggungjawapkan.
· Gambar-gambar
orang ramai yang mencerminkan masyarakat berbilang kaum.
· Aktiviti-aktiviti
kerajaan dan agensinya.
· Peranan rakyat
dalam proses pembentukan negara.
· Bagi kes
kemalangan maut, mana-mana mangsa yang terlibat boleh disiar dan diumumkan
hanya selepas dipastikan kes tersebut sudah dimaklumkan kepada waris.
|
· Sebarang
kecekaman terhadap peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 walaupun dibuat oleh
wakil rakyat Parlimen.
· Mencemarkan
nama baik seseorang individu atau pertubuhan sebagai yang terkandung dalam
mana-mana undang bertulis.
· Menjejaskan
imej kerajaan.
· Mengenai
negara-negara yang memperkecilkan negara yang bersahabat dengan Malaysia.
· Mengandungi
sebarang kenyataan atau tanggapan yang bertentangan dengan kesusilaan atau
menyakiti hati sebahagian/seluruh orang ramai.
· Menunjukkan
gambar-gambar salib, kuasa salib, lambing Yahudi, dan symbol-simbol
kepercayaan agama lain.
|
Ciri-ciri siaran hiburan yang boleh disiarkan
|
Ciri-ciri siaran hiburan yang tidak boleh
disiarkan
|
· Lagu-lagu yang
sesuai dengan cita rasa majoriti masyarakat Malaysia dan mencerminkan
keperibadian bangsa dan nilai murni.
· Muzik,
nyanyian, seni lakon dan seni tari yang membina watak dan peribadi mannusia
yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju.
|
· Tarian-tarian
yang tidak sopan dan bertentangan dengan seni tari Malaysia.
· Seni kata yang
boleh mengghairahkan, tidak besopan, biadab dan lucah.
· Seni kata yang
menggalakkan tingkah laku liar seperti kebebasan seks, penagih dan
penyalahgunaan dadah dan perbuatan ganas.
· Seni kata yang
menghina agama, bangsa dan yang menyinggung peribadi seseorang.
|
Bahagian
|
Keterangan
|
1
|
Tajuk ringkas
dan mula berkuatkuasa dan tafsiran.
|
2
|
Lessen untuk
menyiarkan yang menyentuh keistimewaan eksekutif/kerajaan, lessen untuk
menyiaarkann penalti, tempoh tangguh, kesalahan lessen, kuasa menteri untuk
mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan dan pembatalan atau
penggantungan lessen.
|
3
|
Kuasa lessen
untuk memberi arahan dan membenarkan pemeriksaan.
|
4
|
Lessen bagi
memasang atau mengendalikan atau berniaga alat terima siaran radio atau alat
terima siaran televisyen.
|
5
|
Menerangkan
kuasa menggeladah, perwakilan kuasa, kuasa menteri memberi kuasa atau memberi
lessen dan menentukan kadar dan menetapkan terma dan syarat mesej iklan,
kuasa khas dalam daurat dan kuasa unutk membuat peraturan.
|
Bahagian
|
Keterangan
Akta
|
1
|
Permulaan
|
2
|
Kuasa dan
tatacara menteri
|
3
|
Tribunal
rayuan
|
4
|
Lessen
|
5
|
Kuasa dan
tatacara suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia
|
6
|
Pengawalseliaan
ekonomi
|
7
|
Pengawalseliaan
teknik
|
8
|
Perlindungan
pengguna
|
9
|
Pengawalseliaan
social
|
10
|
Am
|
11
|
Peruntukan
peralihan
|
Jadual
2.1: Ciri-ciri siaran berita kepada umum.
Jadual
2.2: Ciri-ciri siaran hiburan kepada umum.
Garis panduan ini telah diselidik dan dilengkapkan
oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada 31 Ogos 1997 untuk memberi satu garis
panduan kepada semua media di negara ini. Garis panduan ini telah diterbitkan
secara rasmi pada Februari 1998 oleh Kementerian Penerangan Malaysia.
2.1.1 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM
Penyiaran atau dalam bahasa Inggris
dikenal sebagai broadcasting, adalah keseluruhan proses penyampaian siaran yang
dimulai dari penyiapan materi produksi, produksi, penyiapan bahan siaran,
kemudian pemancaran sampai kepada penerimaan siaran tersebut oleh
pendengar/pemirsa di satu tempat. Dari definisi umum ini tampak bahwa, arti
penyiaran berbeda dengan pemancaran. Pemancaran sendiri berarti proses
transmisi siaran, baik melalui media udara maupun media kabel koaksial atau
saluran fisik yang lain.
Dari segi bahasa (etimologi) pula, penyiaran
bermaksud proses komunikasi yang disimpankan kepada audiens, iaitu suatu proses
pemancaran elektromahnetik atau gelombang yang lebih tinggi.
Penyiaran islam ialah sesuatu aktiviti yang
dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin
kebenaran serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan
akhirat. Menurut Ramli Abd. Rahim(1993), penyiaran azan menandakan waktu solat
TV1 dan segmen doa Tv3 tidak cukup untuk memberi gambaran bahawa persembahan
televisyen kita sudah islamik.
KONSEP
PENYIARAN ISLAM
Dalam kalangan ilmuwan Islam yang mengakaji tentang
komunikasi dan penyiaran Islam, kesemua sistem penyiaran yang disebut dan yang
terdapat di negara-negara umat Islam kini dianggap tidak berpandukan pemikiran
Islam. Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung kepada tasawur
kemanusiaan yang dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan tiga segi antara
Allah SWT, manusia dan masyarakat.
Selari dengan konsep al-thabat(tetap)dan
murunah(fleksibel) yang dianjurkan oleh Islam, penubuhan media penyiaran yang
berkonsepkan Islam dilihat senagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa
dan sesuai masa kini.
2.1.2
AKTA PENYIARAN
Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 merupakan satu
Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi
campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia.
Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini
termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian,
termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan
tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan
rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang
membenarkan penapisan Internet.
Akta penyiaran mengandungi
peruntukan mengenai kawaln perkhidmatan penyiaran dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Terdapat lima bahagian berasingan dibawah akta penyiaran
1988.
Jadual
2.3: akta penyiaran 1988
Akta komunikasi dan multimedia
1998(akta588)mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006. Akta ini mengandungi
11 bahagian dengan 282 seksyen.
2.2 BENTUK-BENTUK PENYIARAN
Penyiaran ialah aktiviti mengadun dan memancarkan
rancangan radio dan televisyen kepada khalayak disekitar kawasan yang dapat
diliputi oleh alat penerimaan siaran dengan menggunakan sistem analog, setelit
dan kabel.
Media penyiaran di Malaysia juga mengalami
perubahan dari semasa ke semasa dalam meningkatkan tahap kecekapan media
penyiaran di Malaysia. Media penyiaran ini bukan sahaja berperanan sebagai alat
hiburan dan pendidikan semata-mata. Malah sejak beberapa tahun ini, sudah
terdapat media penyiaran yang bermatlamat untuk menyebarkan ilmu Islam seperti
TV AlHijrah, Astro Oasis, Radio IKIM dan Radio SALAM.fm.
Dengan kewujudan media penyiaran yang
berkonsepkan keislaman, maka program-program yang disiarkan perlu selari dengan
konsep al-thabat (tetap) dan murunah (fleksibel).
Antara objektif rancangan-rancangan agama di
telivisyen dan radio ialah :
a) Menguatkan
akidah umat islam
b) Memupuk
nilai kerohanian yang murni
c) Menekankan
konsep ‘ad-Din’ atau ‘The Way of Life’
Firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada antara kamusatu golongan yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh kepada perkara yang baik,
serta mencegah kemungkaran. Dan mereka itulahorang yang berjaya”.
(Surah Ali ‘Imran 3:104)
JENIS-JENIS PENYIARAN
a) Media
Massa
b) Media
Cetak
c) Media
Elektronik
2.2.1
MEDIA MASSA
Alat yang digunakan dalam penyampaian pesan-pesan
dari sumber kepada khalayak (menerima) dengan mengunakan alat-alat komunikasi
mekanis seperti surat khabar, filem, radia, dan TV.
Terdapat beberapa kebaikan pendedahan melalui
media massa kepada individu, kelurga dan masyarakat, dan Negara. Antar contoh
kebaikan kepada individu ialah, mendapat maklumat dengan pantas, mengisi masa
lapang dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Kebaikan kepada keluarga dan
masyarakat pula ialah memudahkan komunikasi jarak jauh, mengenali trend semasa
dan juga isu-isu sosial, menjadi saluran ilmu dan menjadi penyampaian mesej.
Antara kebaikan kepada Negara pula ialah sebagai
agen pembangunan dan perpaduan Negara, dapat mengenal perkembangan isu-isu
dalam dan luar Negara dan dapat mengukuhkan hubungan antara Negara.disamping
itu, tahap psikologi penerimaan masyarakat ialah antaranya minat, kesedaran,
percubaan, penilaian dan penerimaan.
Terdapat juga kesan buruk penyiaran melalui media
massa ini antaranya terhadap individu, fitnah mudah berlaku, keruntuhan akhlak
individu, kurang mengadakan aktiviti luar dan juga boleh mengaibkan nama
seseorang individu. Terhadap keluarga dan masyarakat pula ialah kurangnya pergaulan
(anti-sosial), boleh mencemarkan imej keluarga, mengubahkan pemikiran dan
kelakuan masyarakat dan juga mudah terpengaruh dengan budaya barat.
Akhir sekali ialah keburukan penyiaran melalui
media massa terhadap Negara adalah antaranya ianya dapat mengugat perpaduan
Negara, mencemarkan imej Negara dan mengancam keselamatan Negara.
2.2.2 MEDIA CETAK
Media cetak merupakan alat dan saluran komunikasi
yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal seperti akhbar, buku,
risalah,komik dan lain-lain.
Antara kelebihan penyiaran melalui media cetak
ialah dapat dibaca berulang kali dengan menyimpannya sebagai bahan bacaan,
dapat membuat orang yang berfikir lebih spesifik tentang isi tulisan dan harga
lebih berpatutan.
Kekurangannya pula ialah ianya lambat dalam
memberikan maklumat semasa kerana ia perlu dicetak dan diterbitkan dahulu oleh
penerbit, selain itu ianya hanya berupa tulisan dan hanya dapat memberikan
visual berupa gambar yang mewakili isi berita.
Fungsi media cetak dalam penyiaran ialah sebagai
media informasi, media pendidikan, meningkatkan intelektual kehidupan
masyarakat dan membantu memperkuat kesatuan nasional.
2.2.3 MEDIA ELEKTRONIK
Media elektronik merupakan salah satu medan
penyiaran yang berfungsi sebagai alat
atau saluran komunikasi yang berupa alat-alat elektronik moden seperti radio,
tv, dan lain-lain.
Antara kelebihannya ialah pantas dalam
menyebarkan berita kepada masyarakat. Selain itu, ianya juga mempunyai audio
visual yang memudahkan para pendengar memahami berita semasa. Disamping itu,
ianya juga dapat menyampaikan berita secara langsung dari tempat kejadian.
Akhir sekali ialah kekurangan penggunaan media
elektronik dalam penyiaran ialah dalam penyediaan berita pada media elektronik
ianya tidak dapat mengulang apa yang telah ditayang.
SEJARAH KRONOLOGI MEDIA AWAL ELEKTRONIK
TAHUN SEJARAH
1946 Penyiaran radio tanpa wayar
1963 Pengenalan TV hitam putih
RTM1
1969 Pengenalan TV hitam putih
RTM2
1970
Stesen setelit bumi piawaian antarabangsa di Kuantan diperkenalkan
untuk
menyediakan sambungan TV ke Sabah dan Sarawak dan untuk transmisi ke
luar negara.
1973 Kemunculan teknologi
percetakan moden barat membolehkan lebih banyak halaman berwarna
diterbitkan.
1978-1983
TV berwarna
1984 Rangkaian TV swasta pertama
TV3
1989
Pelancaran stesen radio
swasta-suara Johor
1994 Pelancaran metrovision,Time
Highway Radio
1998 NTV7 diperkenalkan sebagai
saluran terestrial.
PERANAN
PENYIARAN ISLAM
Antara
peranan utama penyiaran Islam di Malaysia ialah:
Penyiaran
Islam berperanan sebagai pendidik (Muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan
segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala
larangan-Nya. Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan
syariat dan ajaran Islam yang syumul.
Penyiaran
Islam berperanan sebagai agen informasi (Musaddid), iaitu menjadi penghalang
dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan oleh pihak orientalis
Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, tugas
penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang
benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang
kefahaman Islam.
Penyiaran
Islam berperanan sebagai pembaharu (Mujaddid) iaitu penyebar fahaman
pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam.
Penyiaran
Islam berperanan sebagai penyatu (Muwahhid) yang mana harus mampu menjadi
jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak
bersatu padu, mereka ini mampu membina kembali hubungan di antara kedua belah
pihak yang bertelagah.
Penyiaran
Islam berperanan sebagai pejuang (Mujahid) iaitu berjuang dan membela Islam.
Melalui penyiaran dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan media
yang lain seharusnya bekerja keras membentuk pendapat umum yang mendorong
tertegaknya nilai-nilai Islam.
KONSEP AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR
Maksud Amar makruf nahi mungkar ialah mengajak,
menyuruh dan menyeru ke arah kebaikan mencegah atau menghalang daripada
melakukan perkara mungkar atau yang ditegah oleh agama (Al-Nawawi, 1994, 1998).
Sekiranya matlamat seorang insan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
dan kejayaan di dunia dan akhirat maka amar makruf nahi mungkar sebenarnya
adalah sebahagian daripada matlamat yang dipertanggungjawab oleh Allah SWT
kepada setiap Muslim untuk dipikul. Hal ini demikian kerana sesungguhnya setiap
dalam kalangan Muslim itu adalah bersaudara dan perlulah saling nasihat
menasihati demi kebaikan dirinya dan saudaranya. Melalui pengamatan yang
mendalam terhadap amar makruf dan nahi mungkar ini, kesan amalan ini pada
hakikatnya boleh menghasilkan beberapa faedah berikut (Al-Nawawi, 1994, 1998):
(1) Mewujudkan suasana harmoni, tenang dan
sentiasa dihadiri malaikat pembawa berkat ketika dalam majlis atau kuliah ilmu.
(2) Mahasiswa dan mahasiswi sentiasa mengingati
Allah SWT dalam setiap masa. Takut untuk melakukan dosa dan meningkatkan
ketakwaan kepada Allah SWT.
(3) Memartabatkan kesucian ilmu serta
meningkatkan tahap keimanan diri.
(4) Dijauhi dari malapetaka seperti hubungan
sosial tanpa batasan, membenci dan memusuhi pensyarah, pengaruh kesan dari
budaya Barat.
(5) Menjadi mahasiswa dan mahasiswi Islam yang
memperoleh ilmu dan beramal dengan ilmunya berlandaskan tuntutan murni Islam.
(6) Melahirkan ilmuwan Islam.
Pada asalnya Allah SWT mengutuskan rasul-Nya bagi
memimpin manusia seluruhnya bermula dari Nabi Adam AS sebagai manusia pertama
dijadikan Allah SWT, lalu diangkat menjadi Rasul, sehinggalah kepada nabi yang
terakhir, iaitu junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Semuanya rasul ini
bertugas menyampaikan hukum-hakam Allah SWT bagi mengatur individu, masyarakat
dan negara berdasarkan perintah-Nya yang diwahyukan kepada mereka (Din, 2002).
Oleh sebab Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yang terakhir yang diutuskan, maka
Allah SWT meminta umat Islam menyambung tugas penyampaian ini kepada para umat
hingga ke hari Kiamat sebagaimana firman-Nya:
وَلْتَكُنْمِنْكُمْأُمَّةٌيَدْعُونَإِلَىالْخَيْرِوَيَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَيَنْهَوْنَعَنِالْمُنْكَرِوَأُولَئِكَهُمُالْمُفْلِحُونَ١٠٤
Maksud: Dan hendaklah ada antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan
mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.
(Surah Ali ‘Imran, 3:104)
Berdasarkan matlamat amar makruf dan nahi mungkar
ini, maka setiap Muslim yang melaksanakannya mampu mendapat pengiktirafan sebagai
umat yang terbaik. Hal ini sebagaimana firman-Nya:
كُنْتُمْخَيْرَأُمَّةٍأُخْرِجَتْلِلنَّاسِتَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَتَنْهَوْنَعَنِالْمُنْكَرِوَتُؤْمِنُونَبِاللَّهِوَلَوْآمَنَأَهْلُالْكِتَابِلَكَانَخَيْرًالَهُمْمِنْهُمُالْمُؤْمِنُونَوَأَكْثَرُهُمُالْفَاسِقُونَ١١٠
Maksud: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman).
(Surah Ali ‘Imran, 3:110)
Dalil ini jelas menerangkan tentang tanggungjawab
Muslim sesama Muslim yang lain. Mungkin kadangkala terdapat Muslim yang terleka
dan terlupa, maka wajarlah Muslim yang ingat untuk mengingatkan mereka dan
menarik mereka semula pada jalan yang benar. Tidak timbul persoalan bahawa
perbuatan menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran ini sebagai satu
perbuatan menjaga tepi kain orang lain.
Membangkitkan Semangat Amar Makruf Nahi Munkar
Abdul Qadir berpandangan bahwa amar makruf nahi
munkar adalah asas terpenting untuk memelihara masyarakat dan mengatur kebaikan
di dalamnya, meskipun masih banyak kerusakan-kerusakan yang tertinggal di sana.
Amar makruf nahi munkar merupakan kewajiban atas
setiap muslim, apa pun posisinya di tengah masyarakat. Pemerintah harus
mencegah kemungkaran dengan tangannya, para ulama mencegah kemungkaran dengan
lisannya, dan orang umum mengingkari kemungkaran dengan hatinya. (Al-Ghaniyyah,
1/44, 45)
Para ulama maksudnya adalah orang yang berhak
mengatakan sesuatu itu baik dan boleh, atau sesuatu itu buruk dan haram.
Sedangkan para penguasa dan masyarakat umum, tugas mereka ialah pelaksana
apa-apa yang telah ditetapkan para ulama dalam masalah tersebut.
Para ulama yang menduduki posisi ini (menetapkan
yang baik dan buruk) adalah para ulama yang menempuh jalan kezuhudan saja,
bukan selain mereka, kriterianya ialah:
Hendaknya pelaksana amar makruf nahi munkar
adalah seorang yang memiliki ilmu.
Mengetahui kemungkaran yang ia melarang
orang-orang darinya dengan pengetahuan yang pasti (definitif), karena
dikhawatirkan ia akan terjatuh pada prasangka-prasangka dan dosa tersebut. Oleh
karenanya, termasuk yang wajib ialah mencegah dosa-dosa yang tampak tanpa harus
meneliti dosa-dosa yang telah ditutupi, karena Allah melarang hal tersebut.
Hendaknya orang yang melaksanakan amar makruf dan
nahi munkar mempertimbangkan kerusakan besar dan bahaya yang bisa saja menimpa
dirinya, hartanya, dan keluarganya.
Syarat Dalam Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Segala sesuatu tentu tidak boleh bertindak secara
asal-asalan. Terlebih dalam bab ibadah yang erat kaitannya dengan orang banyak.
Karena itu, sebelum melakukan Amar ma’ruf nahi mungkar ada beberapa syarat atau
ketentuan yang perlu diperhatikan bersama. Syekh Abdul Qadir telah menetapkan
langkah-langkah amar makruf nahi munkar dengan beberapa persyaratan berikut
ini:
Melaksanakannya dengan lembut dan penuh kasih
sayang, bukan dengan kata-kata yang penuh kemarahan. Wajib memperhalusnya
dengan rasa simpati terhadap manusia disebabkan mereka telah terjatuh ke dalam
pancingan setan.
Senantiasa sabar dan tawadhu’, menghindari hawa
nafsu, menguatkan keyakinan, menghukumi dengan bijak dalam menangani
perkara-perkara mereka.
Menegur para pelaku kemaksiatan dengan cara yang
santun dan baik, karena menegur dengan santun lebih berpotensi untuk diterima.
Jika teguran dengan santun tidak mempan, hendaklah meminta tolong kepada orang
saleh. Jika tetap tidak ada pengaruhnya, maka bawalah ia ke hadapan penguasa.
Tidak berbicara panjang lebar tentang
masalah-masalah yang diperselisihkan oleh para ulama di hadapan orang yang
melakukan perbuatan tersebut. Contohnya, mazhab Hanbali mengingkari permainan
catur, sedangkan mazhab Syafi’i mempebolehkannya. Sebab, berpanjang lebar di
dalam perkara-erkara yang diperselisihkan akan menyebabkan pertentangan
mazhab-mazhab lainnya, serta membuka pintu-pintu perdebatan dan permusuhan.
Berlaku bijaksana di sini lebih wajib. Adab seorang yang berilmu lebih
diutamakan ketimbang ilmunya. (Nasy’atu Al-Qadiriyah, hlm: 168)
Tujuan dari amar ma’ruf nahi mungkar adalah
membangun masyarakat di atas pilar-pilar kebaikan serta membersihkan mereka
dari segala macam bentuk kemungkaran. Dalam penerapannya, amal ibadah yang satu
ini sering kali terjadi gesekan-gesekan dari pihak musuh. Karena itu, ketentuan
yang ditetapkan oleh Syekh Abdul Qadir merupakan sebuah pandangan beiau agar
penerapan amar ma’ruf nahi mungkar tidak hilang arah atau gampang terprovokasi
oleh musuh. Sehingga bukan kebaikan yang diraih, justru dapat mengundang fitnah
bagi umat islam itu sendiri.
BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI
MUNGKAR
1. Keimanan yang mendalam.
Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk
yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran
itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap
penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan
yang merupakantanda kurang sempurnanya iman.
2. Ilmu yang hak
Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang
bersandarkan kepada AlQur’an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu
mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui
kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.
3. Matlamat untuk keredhaan Allah
Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan
dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para
sahabat di dalam menempuh amar ma’ruf nahi mungkar ini.
ANTARA CONTOH RANCANGAN YANG MENGAJAK KE ARAH
AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
1.TV
ALHijrah


2.ASTRO
Oasis

3.Peace TV

4.SC Dawah
5.Fakir Ilmu
NILAI NILAI MURNI DALAM PENYIARAN ISLAM
Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai
pelbagai etnik, agama, bahasa dan budayasudah tentu tidak dapat lari dari
menghadapi cabaran hubungan etnik. Pelbagai cabaran yangharus ditempuhi oleh
masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini.
Cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia mempunyai aspek utama, iaitu dari
segi politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya, dan globalisasi.
Media menurut Islam, segala perancangan perlu
mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunah
Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan
kepada paradigma Tauhid, iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari
daripada ajaran Tauhid dan sekali gus mengajak penonton untuk menghayati mesej
yang disampaikan sekal gus menambah ketakwaan kepada Allah SWT
Penubuhan TV Alhijrah sebenarnya telah mengangkat
falsafah penyiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal
selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunah. yang dibawa Nabi Muhammad
SAW.
Seperti yang tertulis dalam dalam Surah Al Imran
104, Islam menganjurkan semua penganut agar menyeru kepada kebaikan dan membuat
amar maaruf nahi mungkar serta meniggalkan segala yang dilarang.Oleh itu ,di
era ini dengan kelebihan teknologi yang semakin meluas telah secara tidak
langsung membantu untuk mengajak manusia melakukan kebaikan dan sekaligus
menyampaikan dakwah melalui media sama ada media cetak ataupun
elektronik.Berdakwah melalui media bukanah suatu yang baru dan semua masyarakat
islam perlu mengambil peluang ini untuk menyebarkan kebaikan dan memupuk nilai
nilai murni sama ada melalui tulisan ,maya atau audiovisual.
Justeru, program program keislaman di televisyen
yang berbentuk dokumentari dan bual bicara memberi peluang kepada para penonton
untuk berinteraksi secara langsung dengan ahli panel yang diundang dan
menganalisa intipati yang disampaikan denagn lebih mudah.Lebih menarik lagi,
rancangan sebegini sudah mendapat tempat di hati penonton dan meraih rating
yang tinggi.
Menurut Mohd Nasran Mohamad(2009) rancangan
–rancangan yang berbentuk seperti berita ,hal ehwal semasa, rancangan berbentuk
ilmu pengetahuan,agama ,dan juga hiburan dan kesenian yang selari dengan
syariat Islam dikategorikan sebagai siaran yang membawa kepada kebaikan.
Dalam hal ini, Dr. Muhyiddin Abdul Halim (1984)
dalam Mohd Nasran Mohamad (2009), menegaskn media Islam berperanan untuk
menggalas tanggungjawab dan matlamat seperti yang berikut;
a)
Memantapkan media massa ummah dengan
memberi kefahaman hakikat agama Islam
untuk melindungi masyarakat Islam dari segi kejahilan terhadap ajaran agama.
b)
Membentuk suasana media massa yang
bersesuai dengan tuntutan agama,membentuk akhlak ,khususnya golongan belia
untuk melahirkan generasi yang beriman dan cintakan Negara dengan mengukuhkan
asas kebenaran ,kebaikan ,keutamaan, dan menerapkan nilai nilai Islam.
c)
Menentang kefahaman kebendaan yang
menjadi budaya zaman moden kini menguasai pemikiran serta mencorakkan
tindak balas mereka terhadap pelbagai
isu.
d)
Memperbaiki interaksi dan komunikasi
sesame manusia.
e)
Memperkukuhkan dalam melaksana
ibadat.
f)
Membanteras keyakinan palsu dan salah
faham yang tersebar dalam kalangan masyarakat dengan menonjolkan tafsiran
keilmuan yang betul dalam tafsiran Islam.
g)
Menggunakan konsep agama untuk
meyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baru dan isu-isu semasa yang tidak
bercanggah dengan ajaran Islam.
h)
Menggunakan hakikat dan fakta-fakta
keagamaan ,membimbing media massa ummah secara tepat dengan cara mempengaruhi
pemikiran dan hati budi mereka.
Oleh
itu,rancangan-rancangan televisyen yang berunsurkan kebaikan dan memberi
manfaat kepada ummah adalah perlu diutamakan berbanding dalam rancagan
televisyan yang membawa kepada keburukan yang mengajak kepada hasutan
,fitnah,mendedahkan aurat dan sebagainya yang tidak selari dengan hukum Islam.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Manusia
tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian.
Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat
untuk saling menasihati antara satu dengan yang lain demi menjaga kebaikan dan
kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat
menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media
penyiaran. Kewajipan sesama insan untuk saling menegur dan mengingatkan ke arah
kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
MAKLUMAT YANG TEPAT
Penerimaan
sesuatu maklumat yang disiarkan oleh stesen televisyen perlu ditapis dan
dikenal pasti setiap kesahihan dan sumbernya untuk mengelakkan berlakunya
berita palsu. Oleh sebab itu, Mohamad Sabri Haron (2009) menyarankan dalam usaha
kita untuk memupuk generasi Muslim yang bertakwa, rancangan televisyen yang
disiarkan perlu berorientasikan ilmu dan bertujuan untuk mendidik. Setiap
maklumat yang diterima dan disampaikan perlulah disaring dan dikenalpasti
tujuannya serta mengetahui akan kesahihan dan sumbernya bagi mengelakkan
berlaku kepalsuan maklumat yang disampaikan.
2.4 PENYIARAN ISLAM SEBAGAI
MEDIUM DAKWAH
PENGENALAN
Penubuhan
media penyiaran yang berkonsepkan Islam ini dilihat sebagai satu medium untuk
mengembangkan dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Siaran bagi
rancangan televisyen yang berkonsepkan dakwah ini akan dapat membantu
memberikan kefahaman mengenai Islam dengan lebih mendalam dan mudah melalui
bentuk audiovisual kepada audiens.
Rancangan-rancangan televisyen seperti berita,
hal ehwal semasa, rancangan berbentuk ilmu pengetahuan, agama dan juga hiburan
dan kesenian yang selari dengan syariat Islam dikategorikan sebagai siaran yang
membawa kepada kebaikan.
Media
penyiaran Islam seperti TV AlHIJRAH yang beroperasi pada tahun 2009 merupakan
inovasi baharu dalam penyiaran Islam.
2.4.1 Pengertian
Dakwah
Secara umumnya, dakwah jika dikaitkan
dengan agama adalah suatu usaha atau proses untuk melahirkan kewujudannya
(agama) dalam realiti kehidupan yang dapat dirasai dan dikesan (Abdullah
Muhammad Zin:1997). Menurut al-Qardawi dakwah adalah satu usaha menarik orang
lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah swt dan melaksanakan
segala ketentuan Allah di muka bumi ini. Selain itu menundukkan segala bentuk
perhambaan diri, permohonan dan taat setia hanya kepada Allah, melepaskan diri
daripada segala kongkongan yang lain dari Allah (thaghut) yang terpaksa
dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan
hak orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dan berjihad pada jalanNya. (alQardawi:1983). Dr. Muslih al-Bayumi
(1976) pula mendefinasikan dakwah itu sebagai pelaksanaan alim ulama’ dan
orang-orang yang memahami agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat
memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka.
Dari pengertian di atas dapatlah dirumuskan
bahawa penyampai dakwah atau pendakwah (da’i) merupakan tunjang utama untuk
memastikan kejayaan dakwah kerana ia adalah salur utama ke arah membumikan
ajaran Islam. Pendakwah yang berjaya ialah mereka yang mampu untuk menarik
orang ramai terdiri daripada berbagai-bagai bentuk mentaliti kecenderungan,
status dan ilmu pengetahuan mengikuti dan menghayati ajaran Islam sebagai satu
cara hidup. Kejayaan usaha dakwahnya bergantung kepada penguasaannya dalam
aspek-aspek berikut : iaitu memahami Agama Allah, qudwah 2 hasanah, sabar,
lemah lembut dan pembelas, memudahkan bukan menyusahkan, tawadhu dan merendah
diri, manis muka dan manis tutur kata.(Berhanudin Abdullah,1997:64) Bagi
mencakupi pra syarat yang ditetapkan di atas tidak dapat tidak pendakwah Islam
yang berkesan adalah orang yang mendapat pendidikan agama yang sempurna.
2.4.2 Keadah Dakwah
Ada dua unsur dakwah yang begitu erat dalam
hubungan, iaitu isi dan cara penyampaiannya. Isi atau bahan-bahan dakwah sampai
dengan tepat ke sasaran sangat bergantung pada cara penyampaiannya atau
kaedahnya. Juga kaedah pun biasanya merujuk pada bahan itu. Dr. Quraisy Shihab
berpendapat bahawa ketidaktepatan dari keduanya sering menimbulkan persepsi
yang keliru.
Pada bagian ini akan dibahas mengenai
kaedah-kaedah dakwah, memandangkan sudah jelas materi dakwah itu yang tak lain
adalah ajaran-ajaran agama Islam.
Kaedah berasal dari kata metodos (Bahasa
Yunani) yang bererti jalan, dalam hal ini kaedah adalah cara yang telah
ditetapkan dan melalui proses pemikiran untuk mencapai suatu maksud
Suatu
maksud yang dituju dalam kaedah ini adalah membantu manusia untuk tetap sedar
dan berusaha agar tetap berada di jalan yang lurus agar tidak tersesat. Jalan
lurus ini adalah Islam.
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari
jalannya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. (QS.
An-Nahl: 125)
Dari ayat di atas seruan kepada jalan Tuhan
agar tidak tersesat disebutkan terdapat tiga cara, iaitu: dengan hikmah, dengan
pengajaran yang baik dan dengan berdebat dengan cara yang baik. Kaedah-kaedah
inilah yang akan di bahas satu persatu di sini.
·
Terdapat beberapa keadah dakwah yang selalu
digunakan dalam menyampaikan dakwah kepada manusia seperti:
i.
Dakwah Fardhiyah
·
Dakwah Fardiyyah adalah
satu usaha dakwah secara individu yang sangat penting dalam mengembangkan usaha
dakwah secara menyeluruh. Namun demikian terdapat kekurangan dari segi
kefahaman bagaimana usaha dakwah ini dapat dilakukan dengan berkesan dalam memartabatkan
usaha dakwah yang telah dirintis oleh ulama sebelum ini. Artikel ini bertujuan
memahami maksud dakwah fardiyah
disamping melihat cabaran dan permasalah dalam aktivti dakwah secara umum.
·
Sebagai contoh: Menegur
atau menasihati rakan sekerja.
ii.
Dakwah Ammah
·
Dakwah ‘ammah ialah dakwah
yang disampaikan kepada umum dengan cara pidato, ceramah, seminar dan
kuliah-kuliah pelajaran. Ia dipersembahkan dengan kaedah yang baik dan
bersungguh-sungguh supaya ia benar-benar dapat menggerakkan mental dan perasaan
serta menyentuh pintu hati dan meresap ke dalam hati manusia. Ini kerana hati
adalah umpama ‘raja’. Apabila baik dan sihat hati maka akan baik dan sihatlah
seluruh tubuh dan tenteranya.
·
Amir bin Qais pernah
berkata:
“Ucapan yang lahir dari
hati maka ia akan menusuk ke hati. Andai kata ia hanya keluar dari lidah, maka
ia tidak melebihi telinga”.
iii.
Dakwah Bil-Lisan
·
Keadah dakwah yang
disampaikan kepada orang ramai melalui lisan.
·
Sebagai contoh: Ceramah,
Dialog, Khutbah, dan sebagainya.
iv.
Dakwah Bil-Haal
·
Istilah dakwah bil haal
amat popular di kalangan umat Islam di Malaysia dan nusantara. Pada pengertian
istilah dakwah bil hal merujuk kepada ungkapan lisan al-hal afsah min lisan
al-maqal (bicara realiti keadaan, lebuh berkesan daripada bicara yang diucapkan).
Pada hakikatnya dakwah bil hal adalah pelaksanaan dakwah bil qudwah
(keteladanan) dan dakwah bil amal (perbuatan). Dengan kata lain dakwah bil hal
adalah dakwah yang dilakukan melalui penampilam kualiti peribadidan
aktiviti-aktiviti yang secara langsung menyentuh keperluan masyarakat. Menurut
Ali Yaakub Matondang (2006), Dakwah bil hal sebagai satu manhaj atau pendekatan
dakwah sosial (manhaj al-amal ma’a al-jamaah), perlu menjadikan kaedah-kaedah
yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebagai garis panduan.
·
Terdapat lapan kaedah
dakwah sosial yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu:
- Komitmen
dan jati diri pendakwah
- Matlamat
dan objektif yang jelas
- Memahami
situasi dan keadaan masyarakat
- Penyediaan
kepimpinan
- Penyampaian
dakwah secara jelas
- Menciptakan
keunggulan dan daya penarik dakwah
- Moral dan
akhlak mulia
- Sabar dan
tabah menghadapi cabaran
v.
Dakwah Bil-Tadwin
·
Memasuki zaman global
seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah melalui tulisan)
baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet dan
tulisan-tulisan yang mengandung pesanan dakwah yang sangat penting dan efektif.
Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak boleh musnah meskipun sang da’i,
atau penulisnya sudah wafat. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw
bersabda, “Sesungguhnya cinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para
syuhada”.
·
Sebagai contohnya: Menulis
di surat khabar, Internet, Majalah, bulletin atau buku.
Selain
keadah di atas, terdapat tiga keadah dakwah yang digunakan sebagaimana yang
disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Nahl
ayat 125.
i.
Kaedah Al Hikmah
Maksud al-hikmah terkandung dalam al-Quran
mengandungi tiga pengertian, pertama, al-hikmah yang membawa maksud “Penelitian
terhadap sesuatu perkara secara mendalam dengan menggunakan akal dan
pemikiran”. Kedua yang membawa maksud “Memahami rahsia-rahsia hukum dan
maksud-maksudnya”. Ketiga al-hikmah bererti “Kenabian atau nubuwwah”
Selain itu, Merujuk Mu’jam Wasith, kata hikmah
diertikan sebagai keadilan, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kenabian,
Al-Qur’an dan Injil. Hikmah adalah mengetahui sesuatu yang paling utama dengan
ilmu yang terbaik dan mereka berilmu dan faham padanya. (Mu’jam Wasit: 190) Daripada
penjelasan di atas, jelaslah bahawa hikmah boleh digunakan dalam beberapa hal
yang mempunyai makna hikmah:
·
Keadilan iaitu mencegah
seseorang daripada perbuatan zalim
·
Kebijaksanaan iaitu
mencegah seseorang daripada tindakan amarah.
·
Ilmu iaitu mencegah
seseorang jatuh dalam kebodohan.
·
Kenabian iaitu seorang Nabi
yang diutus hanya untuk mencegah umat manusia supaya jangan menyembah selain
Allah dan agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan dosa.
·
Al-Qur’an, Injil dan
seluruh kitab wahyu samawi yang diturunkan oleh Allah mengandungi erti mencegah
manusia terjerumus ke dalam perbuatan syirik dan segala perbuatan mungkar yang
lainnya serta keburukan.
·
Pakar bahasa menafsirkan
kata hikmah ini dengan pengetahuan didasarkan kepada pengetahuan yang benar itu
mengandungi erti pencegahan, pembatasan dan pemisahan segala sesuatu.
(Al-Qathani: 23-24)
Hikmah penting sebagai metode dakwah
sebagaimana yang dijelaskan dalam firman-Nya dalam Surah Al-Nahl ayat 125,
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. Allah
memerintahkan Rasul-Nya untuk berdakwah dengan jalan hikmah sebagaimana ayat di
atas. Sasaran dakwah pula ialah sesiapa sahaja merangkumi setiap manusia kerana
Islam adalah risalah Allah yang kekal. (Zaidan: 420)
Kedua, barangsiapa yang menyelusuri sejarah
kehidupan Nabi S.A.W., maka kita akan dapati bahawa Nabi S.A.W. selalu
berhikmah dalam setiap perkara, lebih-lebih lagi dalam berdakwah di jalan
Allah. Dengan cara ini, manusia akan menerima dakwah Nabi S.A.W. dan atas
anugerah Allah, mereka mahu memeluk agama Islam. Hal itu kerana kurnia yang
diberikan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. berupa keimanan dan hikmah dalam
hatinya. Diceritakan dalam sebuah hadis daripada Anas R.A.: Abu Dzar berkata
bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Pernah atap rumahku dibuka semasa aku masih
berada di Mekah, kemudian turunlah Jibril membelah dadaku dan menyucikannya
dengan air zamzam. Kemudian dia datang dengan membawa cawan besar yang
diperbuat daripada emas dan dipenuhi oleh hikmah dan iman. Lalu dia menuangkan
ke dadaku, lalu dia menutupnya dan setelah itu dia menggapai tanganku dan
terbang bersamaku…”. (Al-Qathani: 28)
Daripada hadis di atas ini, dapat difahami
bahawa hikmah merupakan salah satu hal penting dalam metod berdakwah di jalan
Allah. Di mana dada Rasulullah S.A.W. dipenuhi dengan hikmah yang telah dibawa
oleh Jibril adalah sebagai Ruh al-Quds yang telah datang kepada Rasulullah
S.A.W. dengan cawan yang diperbuat daripada emas yang merupakan jenis barang
paling mahal di Mekah al-Mukarramah, tempat yang memiliki berkah. Tujuan Jibril
datang ialah untuk mengisi dada Rasulullah S.A.W., dengan hikmah setelah
dadanya dicuci dengan air zamzam yang merupakan air yang paling suci dan
bersih. Ini semua menunjukkan bahawa hikmah dalam dakwah islam adalah suatu
perkara yang agung dan merupakan sikap yang mempunyai pengaruh besar
ii.
Kaedah Al Mau'idzah al
Hasanah
Munzier Suparta dan Harjani Hefni 2003:205
menegaskan bahawa dakwah dengan Uswatun Hasanah adalah dakwah dengan memberikan
contoh yang baik melalui perbuatan nyata yang sesuai dengan etika dakwah.
Bahkan, Uswatun Hasanah adalah salah satu kunci sukses dakwah Rasulullah, salah
satu
bukti
adalah bahawa pertama kali tiba di Madinah, yang dilakukan oleh Rasulullah
adalah:
Antara contohnya, membangunkan masjid Quba,
mempersatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam ikatan ukhwah.·
iii.
Kaedah Al
Mujadalah
Al Mujadalah artinya adalah dialog. Berasal
dari kata " jadala " yang menurut Dr. Quraisy Shihab
bermakna "menarik tali dan mengikatnya guna menguatkan sesuatu", maka
perdebatan ibarat menarik dengan ucapan untuk meyakinkan lawannya dengan
menguatkan pendapatnya melalui hujah yang disampaikan.
An Nasafi berpendapat bahawa,
"Berbantahan dengan baik iaitu dengan jalan yang sebaik-baiknya dalam
bermujadalah antara lain dengan perkataan yang lembut, lemah lembut, tidak
dengan ucapan yang kasar atau dengan mempergunakan sesuatu (perkataan) yang
boleh menyedarkan hati, membangunkan jiwa dan menerangkan akal fikiran, ini
merupakan penolakan bagi orang yang enggan melakukan perdebatan dalam agama
"Dari penguraian tadi menjelaskan bahawa perbezaan pendapat yang lazim
dalam pergaulan hidup terutama dalam agama penyelesaiannya haruslah menimbang
banyak kebaikan. Perdebatan-perdebatan yang sering tak dapat dielakkan dalam
perbezaan pendapat tak lebih sebagai dialog dalam usaha mencari kebenaran yang
terbaik. Jadi ini sesuatu yang sinergis, tidak melahirkan permusuhan, saling
menghargai pendapat dan ikhlas menerima kebenaran.
2.4.3 Etika Dakwah
Etika
berasal dari kata ethos yaitu untuk suatu kehendak baik yang tetap. Etika
berhubungan dengan soal baik atau buruk, benar atau salah. Etika adalah jiwa
atau semangat yang menyertai suatu tindakan. Dengan demikian etika dilakukan
oleh seseorang untuk perlakuan yang baik agar tidak menimbulkan keresahan dan
orang lain menganggap bahwa tindakan tersebut memang memenuhi landasan etika.
Kita Telah
diterangkan dalam al-Quran dan hadis bahawa etika dakwah bagi para pendakwah
dalam menyampaikan dakwah kepada umat manusia sebagaimana etika dakwah yang
telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah
kepada umat manusia ketika itu. Selanjutnya kita akan bincangkan secara
mendalam berkaitan etika dakwah berdasarkan kepada tafsir ayat-ayat tersebut.
a)
Ikhlas dalam berdakwah
Dakwah yang tidak diiringi dengan keikhlasan
akan menghasilkan sesuatu yang sia-sia belaka. Sebab SWT tidak akan menerima
amal orang yang tidak ikhlas.
Rasulullah
SAW bersabda, Allah SWT berfirman:
“Aku tidak membutuhkan
kepada sekutu. Barangsiapa melakukan suatu amal dengan dicampuri perbuatan
syirik kepada-ku, niscaya Aku tinggalkan dia dan tidak aku terima amal
syiriknya“. (HR. Muslim)
“Sesungguhnya setiap
perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang
(akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.” (HR. Bukhori Muslim)
b)
Konsisten antara ucapan dan
perbuatan dalam berdakwah
Konsisten bermaksud berpegang pada pendirian
yang sama. Mengenai konsisten dalm berdakwah, Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman!
Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? (itu) sangat dibenci
disisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan.
Sebab turunya ayat diatas menurut riwyat
datipaa ‘ Abdullah bin Salam berkata “beberapa orang sahabt Nabi SAW mengajak
kami duduk kemudian kami berkata:
” Jika kami tahu perbuatan
apa yang Allah sukai sudah pasti kami akan melakukannya”
c)
Lemah lembut dalam berdakwah
Ajakan untuk berbuat baik dan beriman kepada
Allah s.w.t biasa disebut sebagai dakwah. Islam selalu menganjurkan umatnya
untuk saling menyeru kepada kebajikan. Dakwah berasal daripada bahasa Arab
da’a, yang bererti `menyeru’ atau `mengajak’. Secara teknik, istilah ini
bererti menyeru atau mengajak manusia kepada ajaran Islam.
Dakwah tidak hanya ditujukan bagi orang bukan
Islam, tetapi juga kepada orang Islam sendiri. Untuk orang bukan muslim, dakwah
dilakukan agar mereka mahu memeluk Islam, sedangkan untuk orang Islam, dakwah
dimaksudkan agar mereka mengetahui dan mengamalkan ajaran Islam.
Dalam surah An-Nahl ayat 125, al-Quran
menjelaskan dua kaedah dalam berdakwah, yakni dengan ucapan yang tegas
(al-hikmah) dan dengan cara pengajaran yang baik (al-Mau’izah, al-hasanah).
Salah satu isu yang sering muncul dalam tema
dakwah adalah isu kebebasan beragama. Sebahagian orang menilai bahawa dakwah
dapat membawa konflik antara agama kerana dalam ajaran ini terkandung anjuran
untuk menggantikan agama seseorang dengan agama lain, yakni Islam. Namun ulama
berpendapat bahawa dalam dakwah tidak terdapat konsep pemaksaan orang untuk
mengganti agamanya. Dalam hal hubungan antara agama, Islam sendiri mempunyai
sikap tegas seperti dinyatakan dalam surah al-Baqarah (2) ayat 250 yang
bermaksud:
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama
(Islam): Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.
Satu perkara yang amat mengecewakan ialah umat
Islam, meskipun dinyatakan dalam al-Quran sebagai umat `terbaik’ dan
`pertengahan’, sebahagian besar gagal dalam tugas dakwah mereka kepada seluruh
umat manusia. Tanggungjawab amr bil makruf wal nahyi’an al-munkar (memerintah
yang baik dan mencegah yang buruk) tidak hanya terbatas kepada kaum muslim
tetapi ditujukan kepada seluruh umat manusia.
Tetapi untuk dapat mencapai seluruh manusia,
kaum muslim mesti membersihkan niat mereka jika ingin menampilkan saksi yang
dapat dipercayai oleh semua orang kerana al-Quran jelas menyatakan bahawa
menjadi saksi kebenaran adalah tujuan di sebalik dijadikan kaum muslim sebagai
umat terbaik.
Imam Al-Ghazali dalam bab al-`Amru bi Al
Ma’ruf wa An-Nahyu’ An Al-Munkar pada bukunya, Ihya Ulumuddin, mengatakan:
Janganlah seseorang menyuruh kepada kebaikan dan tidak pula melarang
kemungkaran kecuali berhati lemah lembut dengan apa yang diperintahkan itu,
juga lembut dengan apa yang dilarang, sabar dengan apa yang diperintah dan
sabar pula dengan apa yang dilarang, mengerti apa yang dia perintahkan dan apa
yang dia larang.
Dalam sebuah kisah disebutkan bahawa ada
seseorang datang menemui Al-Makmun, iaitu Khalifah Bani Abbasiah yang sangat
terkenal. Dia menyuruh khalifah itu untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan
kemungkaran dengan ucapan yang sangat kasar. Al-Makmun adalah seorang khalifah
yang sangat pandai dan ahli fikih. Dia berkata kepada orang itu: Wahai tuan,
bersikaplah lemah lembut! Sesungguhnya Allah telah mengutuskan orang yang lebih
baik daripadamu kepada orang yang lebih jahat daripadaku, namun dia memerintah dengan
cara yang lembut. Allah telah mengutuskan Musa dan Harun, yang kedua-duanya
tentu lebih baik daripadamu, kepada Firaun, yang tentu saja dia lebih jahat
daripadaku.
d)
Takut kepada Allah dalam
berdakwah
Siapapun yang ingin meraih kebahagiaan dan keselamatan
hidup di dunia dan akhirat, hendaknya ia mulai menerapkan rasa takut kepada
Allah dalam setiap gerak langkahnya. Karena hanya dengan kita takut kepada
Allah SWT, maka kita dapat selamat dari kelalaian dan selamat dari segala macam
perbuatan dosa atau maksiat. Selain takut kepada Allah SWT, kita pun harus
penuh harap hanya kepada Allah, namun dalam tulisan ini, yang dibahas khusus
mengenai takut kepada Allah SWT.
Kalau kita perhatikan dan renungkan, betapa
Allah SWT mengungkapkan di dalam Al Qur’an keadaan dan kisah orang-orang yang
disiksa. Ini dimaksudkan agar dapat
menanamkan rasa takut kepada hamba-hamba-Nya, sehingga hamba-hamba-Nya takut
untuk melakukan dosa. Dan sebaliknya bukankah Allah SWT mengungkapkan
rahmat-Nya yang luas, kemuliaan, ampunan dan kenikmatan surga. Ini dimaksudkan agar hamba-hamba-Nya
melaksanakan perintah-Nya, berbuat kebaikan dan menghindari segala macam dosa
dan maksiat. Allah memerintahkan kita agar takut kepada-Nya. Rasa takut
merupakan inti dari segala kebaikan. Oleh karena itu barangsiapa yang tidak
takut kepada Allah maka dia tidak akan bisa menghentikan diri dari berbuat
maksiat dan tidak bisa menjalankan perintah-Nya. Rasa takut merupakan pelita
dalam hati, dengannya seseorang akan mampu mellihat dan membedakan antara
kebaikan dan keburukan.
Dengan kita takut kepada Allah SWT dapat
dihasilkan sifat wara (berjaga-jaga), takwa dan mujahadah (optimalisasi) kita
akan berjuang keras untuk mengoptimalkan segala yang baik. Jadi takutnya kita
kepada Allah SWT akan melahirkan perbuatan-perbuatan terpuji yang bisa
mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Ketahuilah, bahwa hawa nafsu syahawat pun dapat dicegah dengan takutnya
kita kepada Allah.
2.4.4 Medium Dakwah
Kenyataan tersebut secara tidak langsung
menceritakan hasrat negara dalam melahirkan generasi pemimpin akan datang dan
turut menitikberatkan moral masyarakat Malaysia secara umum. Namun, tidak dapat
dinafikan kehadiran media massa secara tidak langsung dapat menyekat hasrat ini
kerana masyarakat kita terdedah dengan pelbagai perkara dari media massa yang
bersumberkan gaya hidup Barat dan turut terpengaruh dengan gejala negatif yang
dipaparkan di dalam media tersebut. Seperti yang dikatakan oleh Mughess-uddin
(1997), terdapat pelbagai cara media massa mampu mencemarkan sesebuah
masyarakat dengan terbuka dan tanpa dihalangi undang-undang termasuklah dengan
penipuan, propaganda, sensitiviti, perkauman, seks, pencabulan privasi dan lain-lain.
Ab. Halim
dan Zarin (2009) turut menjelaskan kewujudan bahan-bahan dengan nilai moral
yang negatif dalam majalah, akhbar, radio, filem, CD, VCD, TV dan Internet
telah menimbulkan masalah serius kepada perkembangan masyarakat khususnya
generasi remaja kini. Jenis hiburan, bahan bacaan, bahan audio video serta
gambar yang ditonton itu telah mengakibatkan ketidakstabilan dalam emosi dan
psikososial mereka. Bahan-bahan juga tersebut disebarkan secara berleluasa dan
seolah-olah ia “dihalalkan” undang-undang dan peraturan.
Pengaruh
negatif ini juga turut menjadi tempias kepada remaja yang duduk di kawasan
pedalaman kerana beberapa faktor. Antara faktor penyebaran budaya songsang itu
mudah berlaku kerana Ab. Halim et. al., (2005) menjelaskan bahawa media massa
kini mudah mendapat siaran serta perkembangan teknologi yang terkini dan
semakin maju. Saluran media massa seperti televisyen tidak dapat dinafikan
penggunaanya yang meluas oleh masyarakat terutama remaja.
Televisyen
pada hari ini bukan sahaja dijadikan medium untuk menyebarkan maklumat, malah
televisyen adalah antara medium yang berperanan sebagai agen mendidik dan ia
merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa
manusia yang dahagakan keperluan rohaniah tersebut (Md. Rozalafri dan Megat
Al-Imran, 2014 ). Secara tidak langsung televisyen mampu menjadi medium dakwah
yang yang berkesan dalam membentuk akhlak dan pemikiran masyarakat.
Dakwah
merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia dan diwariskan oleh Allah
kepada para nabi dan wali dari satu generasi ke generasi. Dakwah juga boleh
ditakrifkan sebagai seruan dengan mempercayai Allah sebagai Tuhan yang Maha esa
dan tiada sekutu bagi-Nya, beriman dengan malaikat , kitab, para rasul, hari
akhirat dan qada' dan qadar. Selain itu, dakwah juga mengajak manusia kepada
akidah yang memberikan mereka manfaat atau menyelamatkan mereka dari kesesatan
atau kecelakaan yang boleh memusnahkan mereka (Syed Muhammad Dawilah & Mohd
Lutfi Solehan, 2009).
Antara
rancangan yang ada di dalam TV Al-Hijrah seperti rancangan 30 Minit bersama
Ustaz Don yang menerangkan hukum tajwid al-Quran, ibadah, dan sirah nabawiyah
dengan konsep yang santai dan mempu menarik segenap umur. Selain itu, rancangan
Ejen Halal di TV Al-Hijrah menengahkan isu kepentingan halal haram dalam
makanan, produk, dan sebagainya di Malaysia ini berdasarkan fakta di dalam
al-Quran dan saintifik. Selain itu, drama-drama di TV Al-Hijrah juga dilihat
mengikut syariah yang telah digariskan di dalam Islam dengan mengenakan pakaian
pelakon yang menutup aurat, tiada sentuhan antara bukan muhrim dan sebagainya
yang patuh syariah. Terdapat juga rancangan lain di TV Al-Hijrah yang banyak
menceritakan dan menjelaskan hal ehwal Islam sebagai agama yang indah dan
benar.
Selain
daripada TV Al-Hijrah, terdapat beberapa stesen televisyen yang ketara
mengetengahkan konsep Islam di dalam rancangan mereka. Sebagai contoh TV9
dengan program Tanyalah Ustaz, bertujuan untuk masyarakat Islam lebih berpengetahuan
dalam hukum hakam dalam agama Islam. Begitu juga dengan Astro Oasis yang
memasukkan rancangan dokumentari seperti Salam Muslim dapat menerangkan kepada
penonton berkenaan kehidupan masyarakat muslim di seluruh negara dan dapat
dijadikan pengajaran dalam hidup mereka. Terdapat pelbagai lagi rancangan yang
berbentuk Islamik yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan dalam menyahut
tanggungjawab dakwah tentang kebenaran agama Islam kepada masyarakat.
Marina et.
al. (2011), menjelaskan lagi Islam merupakan agama fitrah yang sesuai untuk
seluruh manusia maka proses berdakwah ini perlu dilakukan dengan lebih
bersungguh-sungguh membabitkan rancangan yang berunsur pengenalan kepada Islam
dan penerangan tentang apa itu Islam; bagaimana sebenarnya kehidupan umat Islam
itu. Firman Allah SWT dalam surah AnNahl, ayat 125:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat
dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.”
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kewujudan penyiaran Islam
di Malaysia telah membawa satu sinar baharu kepada masyarakat di Negara ini.
Jika dilihat pada masa kini, dakwah perlu disampaikan kepada masyarakat melalui
medium yang menarik dan cepat. Bermula daripada kemunculan Astro Oasis dan TV
Alhijrah serta dengan program-program yang disiarkan yang berunsurkan agama dan
program realiti TV yang berunsurkan Islamik telah menjadikan stesen televisyen
ini mendapat rating tertinggi.
Semua orang yang terlibat dalam penerbitan dan
penyiaran haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan demi mencapai
Wawasan 2020. Serta mematuhi semua akta dan peraturan yang telah ditetapkan.
Selain itu, mereka juga perlu mematuhi Kod Etika Penyiaran yang dirangka untuk
melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir
yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan Negara yang disebarkan melalui
media penyiaran.
Akhir sekali, media penyiaran memainkan peranan
yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan juga
sebagai medan sosial bagi mempercepat proses modenisasi. Di Malaysia, terdapat
dua jenis media penyiaran, iaitu media penyiaran melalui televisyen dan radio.
Dua medium ini pada awalnya menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk
menyampaikan mesej-mesej pembangunan.